Friday, August 26, 2011

MooD RayA

Tahun nie rase macam takde mood je nak raya.. 
Nik pun tak tahu kenapa...
Rasa macam dalam hidup nie ada yangb enda mising...
membuatkan rase raye tahun nie macam kosong.. 
macam takde makna je... 
Jika semua orang sibuk dengan baju raya, kasut baru, biskut dan macam-macamlah..
Tapi nik pulak masih lepak-lepak nak fikir tu semua.. macam benda semua tu tak faedah...
Raye just raye jelah.. tak payah nak over sangat.. just ala kadar je...
Nik rase macam jiwa nie kosong... 



Friday, August 5, 2011

Ramadhan Ya Ramadhan


hari nie masuk hari yang ke-enam kita puasa...
semoga bulan Ramadhan tahun nie menjadi Ramadhan yang terbaik untuk kita semua... 
Insyallah....
Ramadhan kali nie buat nik rasa gembira...
Sebab Ramadhan kali nie orang yang nik sayang, yang dulu dia benci nik,
Alhamdulillah sempena Ramadhan kali nie dia dah maafkan nik..
nik pun terkejut, tak boleh nak gambarkan macam perasaan nik pada masa tu..
nik harap persahabatan kali nie akan berkekalan sampai bile-bile...
dan nik tak nak sia-siakan lagi peluang kedua..

Friday, July 1, 2011

HATI

Hati ialah seketul daging dalam tubuh manusia yang menjadi pembentuk hidup seseorang,
menggerak dan memberhentikan,
memperelok atau mencederakan dan mengawal tingkah laki sesorang...
Hati yang baik ialah hati yang sentiasa ingat kebesaran Allah,
mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya,
menghindari perkara syubhah,
takut pada yang haram..
Hati yang rosak ialah hati yang telah dipengaruhi serta dikuasai
sepenuhnya oleh hawa nafsu dan syahwat yang jahat,
hingga tidak diendahkan lagi halal haramnya.

p/s: 'Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati, yang dengan itu mereka    dapat memahami hati dengan atau mempunyai telinga, yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana  sesungguhnya bukan mata itu buta, tetapi yang buta adalah hati yang ada dalam dada' 
      - SURAH AL-HAJJ 22:46

keRetA oh KereTa...


Kereta oh kereta....
nik mememang hajat nak bawak kereta kat kampus sem depan...
mami nik tak kisah, dia kate nak bawak, bawak jelah...
tapi maslah bile kat ayah nik...
ayah nik bagi satu ribu satu alasan...
mula-mula dia diam je...
lepas tu nik paksa ag...
nik bagi tahu yang nik bawak kete...
boleh je bawak tapi kene bawak kete lain..
nik dah ada kete sendiri.. kete kancil auto...
kete tu dah lame, dah lebih sepuluh tahun...
ayah nik tak bagi bawak kete tu, takut nanti rosak tengah jalan...
dia kate nak beli kete baru, viva basic... nik happy lah, dah orang nak bagi kete baru...
masalahnye nik tak pandai bawak kete manual... nik dah tak ingat cara nak bawak kete manual...
nak  tak nak kene belajar balik bawak kete manual...
lepastu hari nie, ayah nik ubah fikiran pulak...
kalu kete baru, susah pulak nak servis...
so ayah nik nak cari kete second hand tapi usia kete tu dua tiga tahun je...
nak dapat kete second hand tu bile tah... 
entah-entah semua tu  alasan je...
sebenarnye ayah nik tak bagi bawak kete kat kampus...
so dia bagi lah alasan yang tulah, yang nielah...
sakit hati... kalu tak nak bagi bawak, cakaplah tak bagi bawak...
tak payahlah nak bagi harapan...

Monday, June 20, 2011

SaHaBat

Setahu nik, nik tak pernah memilih kawan..
Nik tak kira, sape nik nak berkawan..  sebab itu hak nik nak berkawan dengan sape..
tak kira lah kawan nik tu, kaya ke, miskin ke, artis ke, alim ke walaupun orang tu jahat sekalipun, 
nik tetap nak berkwan dengan mereka..
so, tak payah nak sembunyi status sendiri sebab nak berkawan dengan nik...
Nik nak berkawan dengan seseorang sebab nik nak berkawan 
bukan sebab status seseorang...
kita nak berkawan dengan seseorag sebab nik ikhlas nak berkawan...
bukan nak di pergunakan bile time perlu je..
time tak perlu campak je...
nik bukan jenis yang tak kenang budi...
nik bukanye orang jahat, nak nak buat macam tu...
so mula pada nie sape nak berkawan dengan nik...
tak payah nak tipu nik tentang diri sendiri.. 
kalu orang susah cakap orang susah, tak payah nak berlagak jadi orang kaya...
nik sedih tau bile kawan tipu kawan...


'cakap sahabt yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi daripada nenek moyang' - Saidina Ali

Sunday, June 19, 2011

Funny Story...

Nasib Badak Si Badak Sumbu

Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar.. Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok (jangan tak gosok) keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.
Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe ........
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei
Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata " Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"
Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya". Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..
"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin. Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebar tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"
Jin tu pun kelipkan mata, bling.... Maka meraunglah badak sumbu tu sepuas2nya..
"Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"

muzium tengkorak
Satu hari tu si Tanggang pergi ke muzium pameran tengkorak,masa kat luar dia tengoklah ade satu tengkorak besar,"mungkin orang dewasa puya tegkorak ni",Tanggang berkata dalam hatinya, dia pun masuk kedalam dan melihat banyak lagi tengkorak kat dalam tu, dia berkata sendiri lagi, "apalah diorang ni tak letak nama pun, ntah tengkorak siapalah agaknya ni".Dia pun menoleh sekeliling untuk bertanya siapakah gerangan yang empunya tengkorak itu, dia ternampak security yang jaga kat area tu,

Tanggang:"Bang tengkorak yang kecik ni siapa punya"
Security: "Ooo yang ini tengkorak raja mongul"
tanggang: "Aik..kan yang besar kt luar tu tadi tengkorak raja mongul punya.."
security:"Ooo.. itu tengkorak raja mongul masa dia dewasa, yang ini tengkorak masa dia kecil"

Tanggang pun blah sambil berkata dalam hatinya "macammanalah muzium ni ambik pekerja yang macam telo separuh masak ni..

Malam Pertama, Kedua dan Ketiga......

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati Ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?" "Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad. Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?" Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!" Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban... Ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?" Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"

lawak pak pandir
CITE 1
Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan. Apabila pulang ke rumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. Ketika sedang menyiang.....
Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? Hidup lagi ni
pak Pandir: Apa yang susahnya tu Mak Andih?
Mak Andih: Nak Ketuk Kepala ikan sadis pulak
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendah saja ikan tu dalam air. Kasi lemas ikan tu. Kejap lagi mampos la tu.
Mak Andih:???

CITE 2
1 hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir. Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir

CITE 3
alkisahnya..hebohlah satu kampung..Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Halim Othman dlm pagi di era.. ,walaupun hanya kelas ekonomi..tapi bagi pak pandir..itu sudah cukup mengembirakanya..dipendekkan cerita..hari dijanji telah tiba..pak pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..kapal terbang sampai..pak pandir pun naiklah..masuk jer kapal terbang.. pak pandir terus ambik tempat.sebelum kapal terbang berlepas..pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas..sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu..dengan budi bahasa pramugari tu tegur."Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang..""eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii (pramugari).. takpalah nak.. pak cik selesa dah kat sini.."*mana tak selesanya.. bisnes klass.. mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..sakit kepala..pilot yang menunggu lama nak berlepas..bengong kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..dia pun keluar tengok..pramugari sorang tu cerita..pilot tu pun pi lah kat pak pandir.."pak cik.. boleh tengok tiket?"pak pandir kasi tiket.."oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?""yer nak...""taapi pak cik.. kerusi nii pi johor bahru pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!""yerker nak.. nasib baiklah nak bagitau.."

p/s : nie sy ambik dari email saya.. saje je nak kongsi dengan korang semua... thank a lot to radzuan, coz menceriakan hidup pagi saya dengan funny story...


Tuesday, June 14, 2011

KeKaSih AwaL dan Akhir

Kekasih... Aku bagaikan pasir pantai yang terbaring lesu meniti hari.
Menanti air laut membasahi ketika matahari membakar dan mengeringkan tubuhku.
Aku bagaikan pasir yang mengharapkan ombak,
Menggerakkan dan megalihkan tubuhku ke gigi air untuk mencari kedinginan.
Dimana kau ketika aku terkapar kesunyian, dibalut rindu, didera luka yang amat dalam????
Kekasih... Kaulah air dan ombak yang sangat ku dambakan..
Hadirmu bagai embun yang menyegarkan kelopak bunga-bungaan.
Embun itu adalah cintamu yang sangat ku harapkan.
Cinta ini bukan hanya mimpi manis yang mengkhayalkan.
Cinta ini adalah angin rindu yang meniupkan kebahagian.
Kekasih... Jika waktu-waktu sepi turut menerjah ruang resahmu.
Panggilah namaku.
Kerana disitu ada cinta.
Ada rindu yang amat mengharapkan balasan kasihmu...


p/s : satu hal yang menyakitkan dalam hidup, ketika bertemu dengan seseorang, yang amat bererti bagi kita, tetapi pada akhirnya seseorang tersebit tidak ditakdirkan untuk bersama kita, sehinggakan kita berat hati membiarkannya pergi dan berlalu.

Monday, June 13, 2011

ALLAH JadiKAN ManuSIa BeRpasAnGan

Dalam surah yassin ayat 36, ALLAH mengatakan,
Firman Allah S.W.T.
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.”  - yassin 36 -
Maksudnya, setiap manusia di atas bumi nie, ALLAH telah jadikan kita berpasangan, sebelum ALLAH turunkan kita di dunia nie.. Semalam aku terpikir, ada tak ALLAH jadikan manusia tanpa pasangan di atas bumi tapi mempunyai pasangan di akhirat, atau di atas bumi ada pasangan tapi di akhirat tidak ada pasangan, atau memang  manusia tersebut dilahirkan hidup tanpa pasangan????... Kadangkala aku terpikir, macam mane kalau  pasangan kita yang ditentukan oleh ALLAH sudah mati, jadi kite tak kan jumpa pasangan kita sampai bile-bila, mungkin kalau ada rezeki kita kan jumpa dia di akhirat.. Memang sunhyi hidup tanpa pasangan, tak boleh nak berkongsi kasing sayang, masalah, kegembiran dan lain-lain. Tapi kita boleh kongsi semua tu dengan ALLAH s.w.t.. Ye kongsi perasaan dengan ALLAH tidak same rasenye dengan kongsi perasaan dengan manusia.. Tapi kene ingat CINTA dari ALLAH adalah cinta hakiki, CINTA dari manusia belum tahu lagi...

Friday, May 20, 2011

Ada Hati TApi Tak dE PERASAAN


Aku ada hati, tapi tak ade perasaan..
Aku suka orang, tapi aku suka memendam...
Aku ada jiwa, tapi aku tak tahu gunanya...
Aku ada cinta, tapi aku tak dapat sayangnya...
Aku ada kebahagian, tapi tak dapat mencarinya...
Aku ada iman, tapi aku tak tahu sekuat mane...
Aku ada nama, tapi aku tak tahu ada apa dengan name..
Aku ada hubungan, tapi aku tak tahu dengan siape...
Aku ada segalanya, tapi tak tahu ianya berguna...

Thursday, May 19, 2011

KeBahaGian Dalam PerPisaHan


Kebahagian akan datang tanpa diundang....
Datangnya dengan seribu pengharapan...
Perginya dengan seribu kepayahan...
Tak perlu dijadikan perpisahan itu satu kekesalan...
Kerana terjadinya perpisahan itu tak pernah diimpikan oleh seorang wanita yang bergelar kekasih...
Tak ada perempuan yang tidak mahukan kebahagian....
Tidak ada sepasang kekasih yang mahukan perpisahan...
Namun siapa yang dapat melawan takdir...
Andainya takdir dapat disinggir...
Andainya Qadak dan Qadar dapat dicicir...
Pasti perpisahan dan derita ini tidak akan menjadi MILIKKU...

p/s : cinta dimulai dengan sebuah senyuman dan diakhiri dengan air mata kerana kebahagian atau derita air mata tetap akan mengalir..Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal dalam bercinta, pasti pada satu saat akan menemukan cinta sejati sesungguhnya....

Wednesday, May 18, 2011

CaRa MewujuDkan KAsIh SaYang AntaRA KAWan..

Kawan yang baik boleh memebentuk sahsiah kita..
Siapa kita berkawan hari nie, boleh menentukan siapa kita pada hari esok...
Rasullah s.a.w bersabda " berkawan dengan orang pintar seperti berdiri di sisi penjual minyak wangi.
Kalau tak dapat minyaknya, paling kurang tercium wanginya.
Bergaul dengan orang jahil seperti berdiri di sisi tukang besi.
Kalau tak kene baranye, paling kurang kene asapnya."
Nie ayat yang selalu ayah bagi tahu kat aku..
dan aku akan ingat sampai bila-bila..
bila kita dah berkawan dengan seseorang pasti kita akan berkawan dengan orang tersebut sampai akhir hayat..

tapi macam mane nak wujudkan kasih syang antara kawan..
nie saya bagi tip cara mewujudkan kasih syang antara kawan..
  • Utamakan shabat lebih daripada diri kita sendiri.. 
  • Panggil dia dengan name yang dia suka
  • Kuatkan ikatan persahabatan dengan salaing memberi tunjuk ajar dan nasihat
  • Beri nasihat dengan hikmah, jujur dan ikhlas jika ia melakukan maksiat dan kesilapan
  • Jika dapat kurniaan Allah, berita gembira dan pujian, segera sampaikan kepadanya di samping tumpang gembira bersamanye
  • Beri perhatian bersungguh-sungguh dan lihat mukanya apabila berbicara.

p/s sayangilah kawan anda..tanpa kawan dunia kita kosong..

Tuesday, May 17, 2011

LuMraH AlaM

Jatuh cinta mengasikkan...
Putus cinta kecewa rasanya!!!
Bertepuk sebelah tangan pula, aduh sengsara..
Begitulah cinta , setiap waktu dan ketika...
Cintalah cinta..
Belajarlah untuk menerima dan pemergianya...
Apapun cinta paling hakiki dan suci ialah cinta kelurga dan IIahi...
Tetapkan dihati, cinta pasti akan menemani suatu hari nanti..
Bicara soal cinta dan hati ini memang tak jemu diperkatakan..
Ada sja yang seronok dan indah untuk diungkapkan...
Dengan cinta, manusia bisa bernafas dengan tegar, kuat tabah dan segalanya...
Namun,,,
Cinta juga menghiris, mulka dan memusnah...
Malah ia berupaya menjadi senjata yang paling tajam dan megerunkan tatakala dilanda duka dan kecewa..
Maka dengan itu, kegagalan cinta dijadikan alasan berbuata demikian...
Ditinggalkan dan meninggalkan adalah lumrah dalam bercinta...
Sesungguhnya ia pahit namun itulah kebenaran yang perlu ditelan...

Monday, May 16, 2011

SaLaH sAngKa

Selama nie aku silap menilai orang..
aku tak kenal yang mane permata dan yang mane kaca...
Dulu aku seorang yang suka bersangka buruk terhadap semua orang...
Walaupun orang tu buat baik dengan aku.. 
tapi aku anggap orang tu hanya mengambil kesempatan terhadap kebaikan  aku..
aku yang silap...
sekarang aku dah sedar...
selepas kejadian birthday aku...
bukan semua manusia jahat..
dan bukan semua manusia baik...
dulu aku anggap kawan serumah aku hanya sekadar kawan...
aku ingat mereka nak berkawan kerana ingin mengambik kesempatan atas diriku....
tapi aku silap..
mereka iklas berkwan dengan aku..
aku tak sangka yang mereka buat suprise untuk hari jadi aku...
hari jadi yang aku idamkan selama nie...
terima kasih diucapkan atas segalanya...
bila berjauhan..
baru aku tahu dan rindu terhadap dia orang...
terasa amat sunyi bile mereka tidak ada disisi...
tidak ada teman untuk berbual..
tidak ada teman untuk lepak..
dan segalanya...
sekarang nie baru aku tahu yamg mereka
amat penting bagi aku...
mereka adalah sebahagaian dari aku....
FRIEND FOREVER...


Thursday, May 5, 2011

BeLajar And BelajaR


Memang lumrah seorang pelajar, keje dia study ke...
tak kira pagi ke, malam ke...
asal je mata tu celik terus je menghadap buku...
yang palaing kritical mase nak ekat fianal nie...
makan siap bawak note sekali... 
beli mkanan pun sekali sehari...
kalu boleh nak kurangkan mase waktu makan, waktu tidur and waktu layari internet...
nak lebihkan mase study nie...
sampaikan ada yang tidur dengan note-note...
yang paling teruk sampai dalam mimpi...
bayangkan lecturer ajar satu subjek tuk satu sem,
tapi kita belajar satu subjek untuk 3 hari...
semua orang macam tu termasuklah aku...
hehehehehe...
otak aku dah penat asyik study je... pagi petang siang malam...
asyik menghadap buku je... 
korang nak tahu, setiap malam aku and kawan-kawan aku akan buat keje gile...
bukan buat keje tak senonoh tapi memasak tengah-tengah malam...
dalam pukul 2 pagi semua masuk dapur and operasi bermula...
macama mane badan tak naik, pipi tak tembam...
dah hari-hari makan lewat malam...
nie semua gara-gara penat belajar...

sekarang nie aku dah x sabar nak tunggu nak balik rumah je...
homesick tahap maximun...
setiap hari aku menghitung nak balik...
samapaikan aku forwardkan satu hari kedepan...
nie menunjukkan dah tahap kritikal... otak pun dah penat...
ramabutpun dah bayak gugur.. silap-silap hari bulan boleh botak kepala aku...
lepas je exam aku nak enjoy PUAS-PUAS!!!!
kemana and dimana belum tahu lagi.... 
WE LOOK AND SEE....



Wednesday, May 4, 2011

MakNa SeBuAh CinTa

Cinta adalah peerasaan semulajadi yang wujud dalam diri. Seseorang yang mengalami cinta akan merasakan tertarik kepada yang dicintainya dengan penuh perasaan dan kegembiraan..

            Cinta adalah perasaan sayang yang terbit dari hati tanpa di paksa. Cinta adalah anugerah suci dari Tuhan. Semua orang merasai nikmat cinta tanpa mengenal usia.

            Perasaan suka dan minat yang membawa kepada cinta sebelah tangan yang lebih bersedia untuk menerima hakikat cinta tidak berbalas sekiranya tiada persefahaman dan yidak sealiran.

            Cinta monyet ialah perasaan cinta bersifat sementara yang timbul kerana minat dan seronok yang bersifat palsu atau paksaan diri untuk menyukai dan disukai.

            CINTA SEJATI ialah cinta yang harmoni. Perasaan cinta sejati hanya wujud kepada mereka yang memahami nikmat cinta kerana cinta sejati adalah cinta penuh pengorbanan dari hati dan perasaan tanpa membelangkangkan nilai maruah diri dan juga kehormatan.

Monday, May 2, 2011

ROSaK

aku rase sem nie duit aku paling bayak mengalir..
laptop rosak, fon rosak.. semua brang nak rosak...
guna duit lagi.. ingat kau nie ape.. Cop duit ke...
mane nak cari duit nie... 
Nak cover balik duit yang dah di belanja...
nak keje mase cuti...
ayah aku tak bagi punya...
mesti ayah aku suruh aku duduk rumah and jadi jaga rumah or AMAH..
nasiblah...