Wednesday, May 4, 2011

MakNa SeBuAh CinTa

Cinta adalah peerasaan semulajadi yang wujud dalam diri. Seseorang yang mengalami cinta akan merasakan tertarik kepada yang dicintainya dengan penuh perasaan dan kegembiraan..

            Cinta adalah perasaan sayang yang terbit dari hati tanpa di paksa. Cinta adalah anugerah suci dari Tuhan. Semua orang merasai nikmat cinta tanpa mengenal usia.

            Perasaan suka dan minat yang membawa kepada cinta sebelah tangan yang lebih bersedia untuk menerima hakikat cinta tidak berbalas sekiranya tiada persefahaman dan yidak sealiran.

            Cinta monyet ialah perasaan cinta bersifat sementara yang timbul kerana minat dan seronok yang bersifat palsu atau paksaan diri untuk menyukai dan disukai.

            CINTA SEJATI ialah cinta yang harmoni. Perasaan cinta sejati hanya wujud kepada mereka yang memahami nikmat cinta kerana cinta sejati adalah cinta penuh pengorbanan dari hati dan perasaan tanpa membelangkangkan nilai maruah diri dan juga kehormatan.

No comments:

Post a Comment