Monday, June 20, 2011

SaHaBat

Setahu nik, nik tak pernah memilih kawan..
Nik tak kira, sape nik nak berkawan..  sebab itu hak nik nak berkawan dengan sape..
tak kira lah kawan nik tu, kaya ke, miskin ke, artis ke, alim ke walaupun orang tu jahat sekalipun, 
nik tetap nak berkwan dengan mereka..
so, tak payah nak sembunyi status sendiri sebab nak berkawan dengan nik...
Nik nak berkawan dengan seseorang sebab nik nak berkawan 
bukan sebab status seseorang...
kita nak berkawan dengan seseorag sebab nik ikhlas nak berkawan...
bukan nak di pergunakan bile time perlu je..
time tak perlu campak je...
nik bukan jenis yang tak kenang budi...
nik bukanye orang jahat, nak nak buat macam tu...
so mula pada nie sape nak berkawan dengan nik...
tak payah nak tipu nik tentang diri sendiri.. 
kalu orang susah cakap orang susah, tak payah nak berlagak jadi orang kaya...
nik sedih tau bile kawan tipu kawan...


'cakap sahabt yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi daripada nenek moyang' - Saidina Ali

Sunday, June 19, 2011

Funny Story...

Nasib Badak Si Badak Sumbu

Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar.. Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok (jangan tak gosok) keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.
Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe ........
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei
Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata " Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"
Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya". Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..
"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin. Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebar tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"
Jin tu pun kelipkan mata, bling.... Maka meraunglah badak sumbu tu sepuas2nya..
"Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"

muzium tengkorak
Satu hari tu si Tanggang pergi ke muzium pameran tengkorak,masa kat luar dia tengoklah ade satu tengkorak besar,"mungkin orang dewasa puya tegkorak ni",Tanggang berkata dalam hatinya, dia pun masuk kedalam dan melihat banyak lagi tengkorak kat dalam tu, dia berkata sendiri lagi, "apalah diorang ni tak letak nama pun, ntah tengkorak siapalah agaknya ni".Dia pun menoleh sekeliling untuk bertanya siapakah gerangan yang empunya tengkorak itu, dia ternampak security yang jaga kat area tu,

Tanggang:"Bang tengkorak yang kecik ni siapa punya"
Security: "Ooo yang ini tengkorak raja mongul"
tanggang: "Aik..kan yang besar kt luar tu tadi tengkorak raja mongul punya.."
security:"Ooo.. itu tengkorak raja mongul masa dia dewasa, yang ini tengkorak masa dia kecil"

Tanggang pun blah sambil berkata dalam hatinya "macammanalah muzium ni ambik pekerja yang macam telo separuh masak ni..

Malam Pertama, Kedua dan Ketiga......

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati Ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?" "Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad. Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?" Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!" Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban... Ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?" Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"

lawak pak pandir
CITE 1
Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan. Apabila pulang ke rumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. Ketika sedang menyiang.....
Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? Hidup lagi ni
pak Pandir: Apa yang susahnya tu Mak Andih?
Mak Andih: Nak Ketuk Kepala ikan sadis pulak
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendah saja ikan tu dalam air. Kasi lemas ikan tu. Kejap lagi mampos la tu.
Mak Andih:???

CITE 2
1 hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir. Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir

CITE 3
alkisahnya..hebohlah satu kampung..Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Halim Othman dlm pagi di era.. ,walaupun hanya kelas ekonomi..tapi bagi pak pandir..itu sudah cukup mengembirakanya..dipendekkan cerita..hari dijanji telah tiba..pak pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..kapal terbang sampai..pak pandir pun naiklah..masuk jer kapal terbang.. pak pandir terus ambik tempat.sebelum kapal terbang berlepas..pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas..sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu..dengan budi bahasa pramugari tu tegur."Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang..""eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii (pramugari).. takpalah nak.. pak cik selesa dah kat sini.."*mana tak selesanya.. bisnes klass.. mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..sakit kepala..pilot yang menunggu lama nak berlepas..bengong kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..dia pun keluar tengok..pramugari sorang tu cerita..pilot tu pun pi lah kat pak pandir.."pak cik.. boleh tengok tiket?"pak pandir kasi tiket.."oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?""yer nak...""taapi pak cik.. kerusi nii pi johor bahru pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!""yerker nak.. nasib baiklah nak bagitau.."

p/s : nie sy ambik dari email saya.. saje je nak kongsi dengan korang semua... thank a lot to radzuan, coz menceriakan hidup pagi saya dengan funny story...


Tuesday, June 14, 2011

KeKaSih AwaL dan Akhir

Kekasih... Aku bagaikan pasir pantai yang terbaring lesu meniti hari.
Menanti air laut membasahi ketika matahari membakar dan mengeringkan tubuhku.
Aku bagaikan pasir yang mengharapkan ombak,
Menggerakkan dan megalihkan tubuhku ke gigi air untuk mencari kedinginan.
Dimana kau ketika aku terkapar kesunyian, dibalut rindu, didera luka yang amat dalam????
Kekasih... Kaulah air dan ombak yang sangat ku dambakan..
Hadirmu bagai embun yang menyegarkan kelopak bunga-bungaan.
Embun itu adalah cintamu yang sangat ku harapkan.
Cinta ini bukan hanya mimpi manis yang mengkhayalkan.
Cinta ini adalah angin rindu yang meniupkan kebahagian.
Kekasih... Jika waktu-waktu sepi turut menerjah ruang resahmu.
Panggilah namaku.
Kerana disitu ada cinta.
Ada rindu yang amat mengharapkan balasan kasihmu...


p/s : satu hal yang menyakitkan dalam hidup, ketika bertemu dengan seseorang, yang amat bererti bagi kita, tetapi pada akhirnya seseorang tersebit tidak ditakdirkan untuk bersama kita, sehinggakan kita berat hati membiarkannya pergi dan berlalu.

Monday, June 13, 2011

ALLAH JadiKAN ManuSIa BeRpasAnGan

Dalam surah yassin ayat 36, ALLAH mengatakan,
Firman Allah S.W.T.
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.”  - yassin 36 -
Maksudnya, setiap manusia di atas bumi nie, ALLAH telah jadikan kita berpasangan, sebelum ALLAH turunkan kita di dunia nie.. Semalam aku terpikir, ada tak ALLAH jadikan manusia tanpa pasangan di atas bumi tapi mempunyai pasangan di akhirat, atau di atas bumi ada pasangan tapi di akhirat tidak ada pasangan, atau memang  manusia tersebut dilahirkan hidup tanpa pasangan????... Kadangkala aku terpikir, macam mane kalau  pasangan kita yang ditentukan oleh ALLAH sudah mati, jadi kite tak kan jumpa pasangan kita sampai bile-bila, mungkin kalau ada rezeki kita kan jumpa dia di akhirat.. Memang sunhyi hidup tanpa pasangan, tak boleh nak berkongsi kasing sayang, masalah, kegembiran dan lain-lain. Tapi kita boleh kongsi semua tu dengan ALLAH s.w.t.. Ye kongsi perasaan dengan ALLAH tidak same rasenye dengan kongsi perasaan dengan manusia.. Tapi kene ingat CINTA dari ALLAH adalah cinta hakiki, CINTA dari manusia belum tahu lagi...