Kekasih... Aku bagaikan pasir pantai yang terbaring lesu meniti hari.
Menanti air laut membasahi ketika matahari membakar dan mengeringkan tubuhku.
Aku bagaikan pasir yang mengharapkan ombak,
Menggerakkan dan megalihkan tubuhku ke gigi air untuk mencari kedinginan.
Dimana kau ketika aku terkapar kesunyian, dibalut rindu, didera luka yang amat dalam????
Kekasih... Kaulah air dan ombak yang sangat ku dambakan..
Hadirmu bagai embun yang menyegarkan kelopak bunga-bungaan.
Embun itu adalah cintamu yang sangat ku harapkan.
Cinta ini bukan hanya mimpi manis yang mengkhayalkan.
Cinta ini adalah angin rindu yang meniupkan kebahagian.
Kekasih... Jika waktu-waktu sepi turut menerjah ruang resahmu.
Panggilah namaku.
Kerana disitu ada cinta.
Ada rindu yang amat mengharapkan balasan kasihmu...
p/s : satu hal yang menyakitkan dalam hidup, ketika bertemu dengan seseorang, yang amat bererti bagi kita, tetapi pada akhirnya seseorang tersebit tidak ditakdirkan untuk bersama kita, sehinggakan kita berat hati membiarkannya pergi dan berlalu.

No comments:
Post a Comment