Thursday, March 15, 2012

Pesanan Buat Bakal Suami Ku...

wahai suami ku... kekasihku dan buah hati pengarang jantung ku...
tak kira dimana kamu berada aku tetap menunggu mu, untuk menjadikan aku permaisuri hatimu..
walaupun menunggu mu adalah satu penyeksaan, aku akan sabar dan terus sabar...
dan aku yakin suatu hari nanti kamu akan muncul dalam hidup aku..
dan menjemput aku kedalam hidup mu...

wahai suami ku.. 
aku yakin kamu seorang suami yang baik untuk aku dan untuk anak-anak aku...
kerana kehadiran mu dalam hidupku adalah anugerah ALLAH untuk aku..
Hadiah dari ALLAH yang aku nanti-nantikan selama ini...

wahai suami ku...
aku juga berharap kamu sabar dan terus mencari aku...
aku yakin dengan kesabaran mu kita akan bertemu juga...
hanya masa yang menentu segala-galanya...

wahai suamiku..
aku ingin bagi tahu kamu, bahawasanya aku amat mencintai mu...
kamu adalah lelaki yang bertuah, kerana kamu adalah cinta pertama dan terakhir aku..
aku tidak akan mensia-siakan kamu, aku janji akan menjadi isteri yang solehah dan ibu yang penyayang untuk anak-anak kita.. 
tapi aku masih memerlu mu sebagai teman hidupku dan membimbing aku kejalan ALLAH..

I LOVE U SO MUCH MY DEAR....

No comments:

Post a Comment